Pages

Saturday, April 30, 2011

HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG TANGAN DAN RANTAI LEHER

Dewasa ini kita melihat ramai muslimin yg memakai gelang tangan dan rantai leher. Tak kiralah samada diperbuat dari logam mahupun plastik. Persoalannya, adakah perkara ini dibolehkan dalam Islam. Seperti yg kita maklum, Rasulullah SAW memakai cincin, maknanya cincin boleh dipakai oleh muslimin dgn syarat ia tidak diperbuat dari emas.

Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalahperhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.

Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya:

Maksudnya:

“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yg menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yg menyerupai lelaki” --- Hadis riwayat al_Bukhari

Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata:

Ertinya:

“Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan) antaranya ialah dengan memakai perhiasan yg khusus bagi mereka lagi lazim menjadi hak mereka spt memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.’’

Gambar hiasan : Rantai yg dipakai oleh pengantin lelaki juga adalah haram




Gambar hiasan : Tidak kira gelang itu diperbuat daripada apa, hukum memakai gelang bagi lelaki adalah haram



Gambar hiasan : Lelaki yang memakai gelang atau rantai tidak boleh menjadi wali atau menjadi saksi. Jika ada seorang lelaki yg memakai gelang, maka dia tidak boleh menjadi wali sekira anak perempuannya hendak berkahwin.

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:

Ertinya:

“Dan daripada apa yg haram ialah gelang tangan dan gelang kaki utk dipakai oleh org lelaki dan org khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina). “ Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang krn ia adalah perhiasan yg khusus bagi kaum wanita.

Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan?

Lelaki memakai gelang ketika Majlis Persandingan

Memakai gelang hukumnya adalah haram walaupun dipakai untuk majlis persandingan atau perkahwinan. Haram bagi pengantin lelaki memakai aksesori baju pengantin seperti gelang dan rantai walaupun ia bukan daripada emas.

Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai perempuan bahkan ia tidak layak dengan keperkasaan seorang lelaki sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya alAnshari Rahimahullahu Ta‘ala:

Ertinya:

“Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma’ (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamanya seperti dumluj (gelang yang dipakai diantara siku dgn bahu) dan kalung (rantai). Tidak halal bagi lelaki (memakainya) sekalipun daripada perak, kerana padanya cirri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) bagi orang-orang lelaki.”

Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga tidak dibolehkan dan hukumnya haram. Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat.
Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran.

Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata:
Ertinya:

“Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran“

Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah diatas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat.

Jelaslah hukum asal memakai gelang adalah tetap haram ke atas lelaki kecuali ada keuzuran seperti tidak ada ubat lain yang boleh menggantikan gelang tersebut sebagai ubat untuk mengubati penyakit. Dalam makna tanpa ada keuzuran, ia tetap haram dan dilarang memakainya bagi lelaki dan khuntsa.

Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata.

Kesan kaum lelaki memakai gelang
Sebagaimana yang dijelaskan, lelaki yang memakai gelang adalah perbuatan menyerupai perempuan dan perbuatan menyerupai perempuan itu adalah perbuatan dosa besar. Orang yang seperti ini boleh dicap sebagai fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil.

Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang akan memberi kesan terhadap kelayakannya untuk menjadi seorang saksi dan wali nikah. Kesaksiannya tidak akan diterima, begitu juga tidak sah dia menjadi wali nikah selagi tidak bertaubat dan menyesali perbuatannya. Sebab, salah satu daripada syarat saksi dan wali nikah itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq.

Oleh yang demikian, elakkan memakai gelang sekalipun bagi tujuan berubat, kerana dalam tujuan berubat itu ditakuti tidak dapat memenuhi tuntutan maksud keuzuran yang dikehendaki itu

Sumber :

1. Ustaz Kazim

2. Ustaz Azhar

3. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009//bil311.pdf

4. Kitab Bahrul Mazi jilid 11 bab pakaian


No comments:

Post a Comment