Pages

Saturday, March 19, 2011

HARGA SEBUAH IPAD


Semasa saya pulang ke kampung utk perkahwinan adik lelaki baru2 ini, saya mengalami masalah internet access. Kebetulan masa itu jua bertubi2 panggilan dari pelanggan utk lock hg. Saya tidak dapat semak hg semasa public gold dan juga utk membuat pesanan online. Apa2 sahaja pesanan saya akan minta Faizan (admin pelaburjutawan) lock utk saya.

Faizan mencadangkan saya membeli ipad. Bagi saya, hg ipad agak mahal, tetapi bila memikirkan kegunaannya, berbaloi kalau saya beli. Kerana kerja saya sehari-harian juga banyak juga yg perlu online. Mula2 saya pergi check harga nya dulu, 64k wifi n 3G, RM2599.00. Saya pulang dan ambil emas 20gm, lepas itu saya gadaikan.
Ini yang saya dapat:
20gm x RM 165.80 = RM 3316 (nilai marhum)
Jumlah pinjaman RM3316x 65% = RM2155
upah simpan (6 bulan) + jumlah pinjaman = RM 2304.
Jumlah kena bayar sebulan = 384 selama 6 bulan

Saya bayar ansuran dengan duit untung jual emas tambah dengan duit gaji. So, saya ada ipad dan selepas 6 bulan saya dapat balik emas 20 gm saya. Kalau anda mahu membayar ansuran rendah, sambung gadaian selepas 6 bulan.

Kalau saya beli cash, saya akan habis RM2199 tanpa mendapat emas 20gm. Dengan cara saya menyandarkan pembelian dengan emas, saya dapat bayar ansuran dan dapat balik emas 20 gm yg mana saya boleh gunakan semula utk pembelian lain pula.

P/S : Bila saya pergi balik kedai apple, hg ipad dah turun jadi RM2199 sebab ipad 2 nak keluar, jadi saya cuma tambah RM44 : )

No comments:

Post a Comment